Mindmap Online
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2020, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Mindmap Online kepada beberapa orang peserta sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran para peserta dalam penghasilan peta minda bagi proses pembelajaran dan ulangkaji. Selain itu, petugas juga ingin menggalakkan penggunaan teknologi untuk proses pembelajaran bagi merapatkan jurang digital di antara pelajar luar bandar dan di bandar.
Kelas peta minda ini mendedahkan para peserta dengan cara-cara membuat peta minda interaktif dan lebih menarik dengan menggunakan komputer/secara atas talian. Para peserta diberikan nota bagi matapelajaran Sains dan ditugaskan untuk mengambil isi-isi penting untuk diletakkan di dalam peta minda masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: